Insiden di Pune, barat Maharashtra Jumaat lalu itu berlaku ketika para pekerja tersebut yang terdiri daripada kumpulan pendatang asing sedang tidur dalam kedai berkenaan.

Ekoran insiden terbabit, ramai pihak mahu undang-undang buruh diperkenalkan semula bagi mengelakkan berlakunya eksploitasi dan penyalahgunaan kuasa khususnya dalam kalangan majikan.

“Apabila kes seperti ini berlaku, agensi penguatkuasaan undang-undang perlu melihat lebih kepada perbuatan jenayah berbanding bahagian lain dalam undang-undang tersebut,” kata seorang pemimpin kesatuan buruh, Chandran Kumar. - REUTERS