Fenomena terbabit yang turut digelar sebagai Super Blue Blood Moon oleh Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Negara (NASA), berlaku ketika menjelang waktu senja di barat Amerika Syarikat (AS).

Fenomena berkenaan dikatakan berlaku apabila bulan melintasi bayang bumi dan bertukar warna kemerah-merahan.

“Jika cuaca mengizinkan, orang ramai di West Coast, Alaska dan Hawaii berpeluang menyaksikan fenomena itu dari mula sampai akhir,” kata pakar bulan di NASA, Gordon Johnston.

Sementara itu, di bahagian lain di dunia, termasuklah Australia dan Asia, dapat menyaksikan fenomena terbabit pada waktu malam, ketika bulan muncul di sebelah barat.

Di Malaysia dan Singapura, gerhana bulan penuh bermula pada pukul 7.48 malam sehingga pukul 11.11 malam.

Kali terakhir fenomena ini berlaku di AS dan Amerika Utara ialah pada 31 Mac 1866, kira-kira 152 tahun lalu.

Sewaktu fenomena itu ber­laku, bulan akan berada dekat dengan bumi pada jarak 360,000 kilome­ter atau kedudukan titik ke bumi dikenali sebagai perigee.