Perkara itu disahkan oleh Darren Salter yang juga koroner kanan untuk Oxfordshire.

Salter berkata, pengesahan itu juga bermakna, tiada sebarang inkues atau siasatan lanjut berhubung punca kematian penyanyi itu akan dijalankan lagi selepas ini.

Micheal menghembuskan nafas terakhirnya di Oxfordshire, selatan England pada usia 53 tahun di kediamannya yang terletak di Goring, Oxfordshire, United Kingdom (UK) pada 25 Disember lalu. - AP