Kematian presi­den AS ke-41 itu diumumkan oleh anaknya, George W. Bush menerusi satu kenyataan yang dikongsikan di Twitter.

“Jeb, Neil, Marvin, Doro dan saya dengan penuh dukacita mengumumkan ayah kesayangan kami telah meninggal dunia.

“George H.W. Bush adalah lelaki yang memiliki keperibadian tertinggi dan seorang ayah yang baik buat kami semua,” katanya.

Bekas presiden itu meninggal dunia beberapa bulan selepas isterinya, Barbara Bush, 93, menghembuskan nafas terakhirnya pada April tahun ini.

Pasangan itu dikurniakankan lima orang anak dan 17 orang cucu.

Dalam pada itu, jurucakap kepada keluarga Bush turut me­ngumumkan upacara pengebumian bekas Presiden terbabit akan dilakukan dalam masa terdekat.

Pemimpin AS tersebut me­rupakan individu penting mengisytiharkan era dunia baharu pada tahun 1990 dan bertanggungjawab merencanakan pakatan global untuk mengusir tentera Iraq dari Kuwait. – AFP