Gempa bumi teruk pada tahun 1985 telah meragut ribuan nyawa penduduk Mexico City.

Pusat Kajian Geologi Ame­ri­ka Syarikat (USGS) berkata, pusat gempa itu berada 123 kilometer (km) barat daya bandar Pijijiapan di negeri Chiapas dan pada kedalaman 69 km.

Menurut Pusat Amaran Tsunami Pasifik, gempa itu pada masa sa­ma mencetuskan ombak se­tinggi 0.7 meter di Mexico.

Katanya, ombak besar tsunami boleh berlaku da­lam tempoh tiga jam dan mampu mencapai jarak se­jauh 14,000 km ke Filipina.

Bagaimanapun, tiada arahan perpindahan dikeluarkan tetapi penduduk diingatkan supaya sentiasa me­­ngikuti siaran radio kecemasan.

Di Mexico, beberapa ba­ngu­nan rosak teruk termasuk tingkap lapangan terbang Me­xi­co City pecah selain meng­aki­batkan beberapa kawasan perumahan di ibu negara ini terputus bekalan elektrik.

Orang ramai di ibu negara ini yang merupakan satu daripada bandar terbesar di dunia dilihat bergegas keluar dari kediaman mereka dan berkumpul di jalan raya dengan hanya memakai baju tidur.

Seorang penduduk, Liliana Villa, 35, berkata, dia berada di pangsapurinya ketika gempa bumi itu berlaku dan bergegas keluar dari premis berkenaan. – REUTERS