Gempa juga menyebabkan 5.3 juta penduduk Hokkaido terputus bekalan elektrik.

Televisyen NHK melaporkan lima terbunuh dan 120 lagi cedera dalam kejadian itu.

Laporan itu turut memaparkan kawasan tanah runtuh di bandar Atsuma menimbus rumah atau bangsal.

"Goncangan sangat teruk,” seorang lelaki di Atsuma memberitahu NHK. “ Saya fikir rumah saya akan runtuh.”

Di Sapporo ibu negeri Hokkaido jalan raya runtuh dan ditutupi oleh banjir lumpur.

Seluruh rangkaian kereta api terhenti akibat bekalan elektrik terjejas di stesen janakuasa Tomato-Atsuma.

Bagi mengatasi masalah itu pihak berkuasa berusaha membekalkan elektrik melalui janakuasa hidro dan minyak dan dijangka bekalan akan pulih sepenuhnya Jumaat ini. - AGENSI