Pihak berkuasa memaklumkan, gempa bumi dengan kekuatan 6.3 magnitud itu melanda kira-kira tujuh kilometer kedalamannya sehingga dirasai di seluruh pulau tersebut.

Ia adalah gempa ketiga dalam masa kurang daripada sebulan mengegarkan pulau itu, selepas gegaran pada 29 Julai lalu dan 5 Ogos lalu dan beberapa gempa susulan yang lain

.

“Gempa bumi menyebabkan orang panik dan melarikan diri dari rumah mereka,” kata Jurucakap Agensi Bencana Nasional, Sutopo Purwo Nugroho kepada Metro TV.-AFP