Bagaimanapun Pusat Amaran Tsunami Pasifik menarik balik amaran berkenaan selain berkata mereka tidak menjangka fenomena tsunami akan berlaku.

Tambah pusat berkenaan, gelombang diramalkan berada pada ketinggian 0.3 meter di atas paras air pasang di sepanjang perairan Rusia hingga ke Hawaii.

Dalam pada itu, gegaran dilaporkan berlaku pada 11.34 malam waktu tempatan pada jarak 199 kilometer ke timur-tenggara Nikol’skyoe, Rusia dengan kedalaman 11.7 kilometer. - AFP