Bencana berkenaan merupakan kedua terbesar dalam sejarah selepas kejadian pada tahun 1985, yang ketika itu mengorbankan lebih 10,000 orang manakala 30,000 lagi ce­dera.

Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto berkata, 21 kanak-kanak turut maut dalam kejadian itu dan 30 lagi dilaporkan hilang selepas sebuah sekolah runtuh.

Tambah Nieto lagi, sekurang-kurangnya 49 bangunan dilaporkan runtuh dalam bencana itu.

Pasukan penyelamat dan sukarelawan berusaha menjalankan operasi mencari mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Selain Mexico City, kawasan yang turut terjejas dalam bencana itu ialah Morelos, Puebla, Mexico, Guerrero dan Oxaca.

Bencana tersebut dilaporkan berlaku beberapa jam selepas pihak berkuasa menjalankan latihan gempa bumi.

Sekurang-kurangnya dua juta orang di Mexico City terputus bekalan elektrik dan talian te­lefon.

Sementara itu, pihak berkuasa turut mengeluarkan amaran agar orang ramai tidak merokok di jalanan ekoran saluran paip gas pecah dan dikhuatiri mudah berlaku kebakaran.

Selain itu, operasi lapangan terbang turut diberhentikan selama lebih tiga jam susulan kejadian terbabit dan pasaran saham terpaksa ditutup.

Awal bulan ini, 98 orang dilaporkan maut selepas bencana serupa berlaku di selatan negara itu.

Bencana tersebut turut mendapat perhatian pemimpin seluruh dunia, antaranya ialah Presiden Amerika Sya­rikat, Donald Trump.

“Tuhan member­ka­ti rakyat Mexico City, kami bersama anda dan akan berada di sana untuk kamu,” ucap Trump di laman Twitter rasminya. – AGENSI