Gegaran tersebut dirasai oleh penduduk negara itu namun setakat ini tiada laporan tentang kerosakan atau kemalangan jiwa.

Akhbar New Zealand Herald melaporkan, sidang Parlimen yang berlangsung hari ini di Wellington terpaksa ditangguhkan manakala beberapa pesawat terpaksa mengelak untuk mendarat di kawasan berkenaan.

Ken Wheeler, seorang Pengurus sebuah kedai perkakasan di Taumaruni, kira-kira 31 kilometer di timur laut pusat gempa berkata, hanya berlaku sedikti gegaran.

``Kami mempunyai bahagian yang menjual hadiah kaca namun tiada sebarang kerosakan yang dialami,’’ katanya. - Reuters