Gempa bumi pertama beru­kuran 5.9 skala Richter berlaku pada pukul 6.59 pagi waktu tempatan, kira-kira 40 kilome­ter dari Sumba yang menempatkan sebanyak 750,000 penduduk.

Gempa kedua pula menyusul 15 minit kemudian dengan kekuatan 6.0 magnitud di kawasan yang sama pada kedalaman 30 kilometer.

Tiada sebarang laporan me­ngenai kerosakan serius seta­kat ini.

Seorang penduduk pulau Sum­ba, Defis Rinaldi berkata, orang ramai mula lari bertempiaran apabila gempa pertama berlaku termasuk 40 pelanggan di sebuah hotel.

“Gegaran berlaku dalam beberapa saat sahaja, selain pihak berkuasa tidak mengeluarkan sebarang amaran dan kami me­njangkakan keadaan sudah kembali normal,” katanya.

Sumba terletak kira-kira 1,600 kilometer ke selatan pulau Su­la­wesi. – AFP