BBC melaporkan, gempa yang berlaku kira-kira 20 kilometer dari pantai timur Taiwan turut menyebabkan beberapa bangunan di bandar berkenaan runtuh.

Beberapa imej yang disiarkan menerusi laman sosial menunjukkan kerosakan teruk pad jalan raya dan sebahagian bangunan tinggi di bandar tersebut runtuh.

Pasukan keselamatan juga dilaporkan bertungkus lumus mengeluarkan mangsa-mangsa yang terperangkap di celah runtuhan bangunan.