Mail Online melaporkan, insiden melucukan itu berlaku ketika pasangan tersebut baru sahaja pulang daripada bercuti sempena sambutan Krismas di Aspen, Co­lorado, Amerika Syarikat (AS).

Hilton dilihat seperti tidak menghiraukan tunangannya itu apabila tergesa-gesa memasuki kenderaan yang datang mengambil mereka sebaik sahaja tiba di Los Angeles tanpa memikirkan mengenai nasib Zylka.

Insiden itu turut menarik perhatian beberapa jurugambar yang kebetulan berada di tempat kejadian dan mereka tidak melepaskan kesempatan untuk mengusik aktor filem The Amazing of Spider-Man itu.

Zylka bagaimanapun tidak mengambil hati atas usikan tersebut, malah masih boleh berjenaka walaupun sedikit terkejut kerana ditinggalkan tunangnya.

“Saya tunangnya (merujuk kepada Hilton). Mereka tidak mungkin mahu meninggalkan saya di sini,” kata Zylka.

Tidak lama kemudian, Hilton dan pemandunya dilihat berpatah balik untuk mengambil Zylka.

Terdahulu, Hilton dikatakan mengupah seorang pengawal ke­selamatan untuk menjaga cincin tersebut selama 24 jam bagi mengelakkan berlakunya sebarang kecurian atau perkara yang tidak diingini.