Menurut akhbar Sunday Telegraph, penyelidik Universiti Birmingham membuat penemuan tersebut ketika mencampurkan pelbagai jenis bahan makanan.

Antara bahan tersebut adalah rumpai laut, kanji dan kulit oren, untuk membentuk gam terlarut yang boleh digunakan sebagai bahan pemekat makanan biasa.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Food Hydrocolloids itu, gam tersebut mula mengembang dan bercampur untuk membentuk sejenis gel apabila terdedah kepada asid di perut.

Saintis kini melakukan kajian untuk membangunkan bahan tersebut supaya boleh digunakan bersama makanan harian.

Ketua projek tersebut, Jennifer Bradbeer berkata, penemuan itu boleh membantu menangani krisis obesiti negara ini di mana 64 peratus orang dewasa United Kingdom (UK) kini dikategorikan sebagai obes atau gemuk. - AGENSI