Menurut Kementerian Dalam Negerinya, secara keseluruhan sebanyak 14 orang dihukum kerana bersekongkol dengan pendudukan Israel di sini.

Keputusan itu dibuat selepas lapan orang dibunuh apabila dikatakan sarang tentera Israel ditemukan di Gaza menyebabkan insiden berbalas tembakan pada tiga minggu lalu.

Hamas melancarkan ratusan roket terhadap Israel manakala dibalas dengan tembakan pada beberapa sasaran di Gaza sebelum persetujuan gencatan dicapai.

Menurut jurucakap kementerian itu, Iyad al-Bozum, orang bersekongkol perlu sedar bahawa pendudukan (Israel) tidak akan melindungi mereka. - AFP