Namun, bagi sepasang kekasih iaitu Marcelle Rangel dan Luiz Fernando Candeia, mereka mempunyai cara yang tersendiri untuk berbuat demikian terutamanya ketika merakamkan keindahan pemandangan Lautan Atlantik.

Dalam satu daripada beberapa gambar yang dirakamkan, Rangel dilihat seolah-olah sedang bergayut pada batu berkenaan sambil Candeia memegang tangannya manakala gambar yang lain pula menunjukkan Candeia menggantungkan kakinya pada hujung batu berkenaan.

Di sebalik kehebatan pasangan kekasih itu merakam gambar dengan pelbagai gaya berani, bongkah batu itu sebenarnya terletak di atas dataran yang membolehkan orang ramai berdiri dan bergambar seolah-olah sedang tergantung.

Menurut Candeia, gambar aksi tergantung pada batu berkenaan kelihatan seperti benar-benar berlaku jika gambar diambil sudut dan suntingan yang betul.

“Sudut mengambil gambar dan suntingan yang tepat akan menjadikan gambar anda kelihatan benar biarpun anda tahu perkara itu adalah sukar jika dilakukan dalam keadaan sebenar,” katanya.

Lokasi batu yang terletak di Pedra del Telegrafo, tenggara Brazil itu menjadi tumpuan pelancong sejak 2015 selepas ramai memuat naik turun gambar mereka dengan aksi berani di dalam laman sosial. – AGENSI