Menurut jurucakap Garuda, M. Ikhsan Rosan, langkah itu dibuat bagi penumpang yang mahu merasai pengalaman penerbangan berbeza.

Syarikat terbabit akan mengadakan konsert dalam penerbangan buat kali pertama pada Rabu, apabila dua pemuzik membuat persembahan untuk penumpang yang terbang dari Jakarta ke Bali.

Tambah Garuda, setiap persembahan akan berlangsung selama 10 hingga 15 minit bagi penerbangan terpilih. - AFP