Awal bulan ini, lelaki yang dikenali sebagai Tang dari Chengdu, berjanji kepada teman wanitanya untuk membelikan sebuah kereta mewah.

Wanita tersebut dikenali sebagai Yang sering kali mengingatkan Tang mengenai janjinya sejak itu.

Tang bagaimanapun tidak memiliki wang dan dia perlu memikirkan alasan untuk tidak menunaikan janji itu, lapor Od­dity Central.

Pada 16 Ogos lalu, Tang membawa Yang dan dua abang wa­nita berkenaan ke kedai kereta di Chengdu untuk ‘mengambil kereta yang dijanjikan’.

Tang memberitahu dia sudah membayar wang pendahuluan sebanyak 10,000 yuan (RM6,011.50) untuk sebuah kereta berharga 70,000 yuan (RM42,080.50).

Lelaki itu kemudiannya me­n­yuruh mereka menunggu sebentar di dalam kedai ber­kenaan sementara dia pergi mengeluarkan wang dari bank.

Tang berlari ke sebuah pasar raya terdekat dan membeli sebilah pisau berharga 15 yuan (RM9) dan mencederakan lengannya sendiri untuk menampakkan seolah-olah dia telah diragut.

Dia kemudiannya mene­lefon teman wanitanya dan membe­ritahu wang sebanyak 750,000 yuan (RM450,862.40) telah ‘lesap’.

Tang berharap teman wani­tanya akan lega melihat dia masih hidup dan membiarkan perkara itu sahaja, tetapi malangnya Yang segera menelefon polis dan membawa lelaki itu ke hospital.

Perbuatan Tang akhirnya terbongkar ketika disoal siasat oleh polis.

Tang kemudiannya didenda sebanyak 500 yuan (RM300.60) kerana menipu pihak berkuasa dan diarahkan menjalani hukuman penjara selama 10 hari.