Tribunnews melaporkan, ke­putusan itu adalah kemas kini terbaharu Pilpres 2019 dalam media sosial yang dipetik TribunStyle.com melalui laman PoliticaWave.com.

Gandingan Jokowi-Ma’ruf mendapat undian positif dalam media sosial apabila mendapat 723,075 undi dari segi ‘Ke­upayaan Calon’.

Sementara calon nombor dua iaitu gandingan Prabowo Subianto dan Sandiaga Uno mendapat 604,045 undi.

Keupayaan calon yang dimaksudkan ‘Politic Wave’ itu berdasarkan indeks diperkatakan dalam media sosial selepas debat kedua calon Presiden (Capres).

“Calon dikatakan baik kerana mempunyai indeks undian me­lebihi sembilan peratus daripada calon lawan,” kata Pengarah Politic Wave, Jose Rizal.

Dari segi berkongsi keseda­ran, Jokowi-Ma’ruf mendapat undian sebanyak 54.7 peratus manakala Prabowo-Sandiaga, 45.3 peratus.

Dalam pada itu, Lingkaran Survei Indonesia atau LSI De­n­ny JA terhadap enam kumpulan pengundi mengenai pilihan raya Legislatif (Pileg) 2019, Parti Demokrasi Indonesia-Perjua­ngan (PDI-P) mendapat lima undian manakala Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), satu undian.

Kumpulan tersebut antaranya pengundi Islam, minoriti, berpendidikan dan muda.

Tinjauan tersebut dijalankan pada 18 hingga 25 Januari lalu melibatkan 1,200 responden di 34 wilayah di Indonesia.