Menurut Mail Online, kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Oxford memberikan tiga kategori pencapaian akademik.

Kategori pertama atau tahap tertinggi ialah ijazah; pertengahan hingga A-Level dan bawah iaitu Sijil Am Pelajaran Mene­ngah (GSCE) atau lebih rendah.

Penyelidik kemudiannya me­ngaitkan tahap pendidikan dicapai oleh ibu bapa dan anak-anak mereka dengan keadaan psikologi, berdasarkan perasaan mereka yang tertekan, kesu­nyian atau sedih.

Penyelidik mendapati sekiranya anak-anak melepasi pencapaian akademik ibu bapa, ia akan memberikan kesan psikologi yang baik kepada lelaki dan sebaliknya.

Bagaimanapun, golo­ngan wa­nita tidak terjejas sekiranya gagal memperoleh pencapaian­ akademik seperti ibu bapa mereka.

Kajian berkenaan menganalisa keputusan daripada lebih 50,000 orang di Britain dan 27 negara Eropah lain.

“Lelaki yang memperoleh pencapaian pendidikan terendah dan ibu bapa mereka di tahap tertinggi, mempunyai potensi dua kali ganda berdepan dengan tekanan psikologi,” menurut penulis bersama kajian terbabit, Dr. Alexi Gugushvili.