MSN News melaporkan, fosil gigi tersebut yang tidak pernah ditemukan di Eropah atau Asia sebelum ini dilihat mirip gigi pada rangka beruk pertama daripada spesies Lucy (Australopithecus afarensis) dan Ardi (Ardipithecus ramidus) yang ditemukan di Afrika.

Menurut ketua pengkaji, Herbert Lutz, fosil gigi yang ditemukan di tebing sungai kering berhampiran pekan Eppelsheim itu sekurang-kurangnya berusia empat juta tahun lebih tua berban­ding usia rangka beruk Afrika.

“Fosil tersebut adalah set gigi beruk. Ciri-cirinya menyerupai gigi rangka beruk yang ditemui di Afrika yang berusia empat juta tahun lebih muda berbanding fosil yang digali di Eppelsheim,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Bandar Mainz, Michael Ebling menyatakan penemuan tersebut akan mendorong para saintis untuk mengkaji semula sejarah kewujudan manusia.

“Sejarah kewujudan manusia mungkin boleh ditulis semula selepas penemuan set fosil gigi ini,” ujarnya.

Fosil gigi berkenaan ditemukan bersebelahan fosil kuda yang sudah pupus dan secara tidak langsung membantu para saintis memastikan usianya.