Syarikat Three Square Market mengatakan tindakan berkenaan bukanlah satu mandatori dan menjangkakan lebih 50 kakitangan akan membenarkan cip mikro ‘ditanam’ pada bahagian antara ibu jari dengan jari tunjuk pada 1 Ogos ini.

Tindakan meletakkan cip mikro di bawah kulit yang berfungsi seperti meleret kad telah digunakan oleh sesetengah syarikat di Eropah tetapi tindakan itu menimbulkan kebimbangan terhadap hak privasi. - AP