``Saya mahu memberitahu pihak tentera agar membatalkan perjanjian itu. Jangan teruskan dan kita akan cari pembekal lain,’’ katanya berhubung perjanjian pembelian helikopter jenis Bell 412EPI yang diumumkan kedua-dua negara itu minggu ini.

Semalam Ottawa memaklumkan, perjanjian itu sedang dikaji ekoran kebimbangan terhadap rekod hak asasi manusia Duterte.

Ini kerana perkara itu merupakan aduan utama di Mahkamah Jenayah Antarabangsa berikutan dakwaan `pembunuhan beramai-ramai’ beribu-ribu suspek dadah di negara ini. - AFP

habis.