Menurut polis dan pihak berkuasa tempatan, kemalangan yang berlaku di kawasan pergunungan Carranglan, Nueva Ecija itu dipercayai berpunca daripada masalah brek.

Ketua Polis Carranglan, Robert de Guzman berkata, hampir semua penumpang yang terbunuh dan cedera dijumpai berada di luar bas.

Dalam pada itu, Datuk Bandar Carranglan, Mary Abad memberitahu stesen televisyen ABS-CBN, ketika kejadian, bas yang sepatutnya hanya membawa 45 penumpang itu dinaiki oleh 60 orang.

“Selain faktor tersebut, jalan yang dilalui oleh bas itu juga sangat berisiko kerana terdapat banyak gaung di sepanjang jalan menuju ke Abra itu,” kata Abad. -AFP