Poster filem `Swarm of Doves' mengisahkan pencerobohan Iraq terhadap Kuwait pada 1990. AFP

Penerbit filem, Sheikha Intisar Salem al-Ali Al-Sabah berkata, filem yang diinspirasi daripada kisah benar sepanjang tempoh tujuh bulan pencerobohan itu akan memaparkan perjuangan rakyat Kuwait untuk mempertahankan negaranya.

Kata wanita itu, tayangan filem berkenaan bukan bertujuan untuk menyemarakkan perasaan dendam sebaliknya cuba menonjolkan kisah persaudaraan, toleransi dan perpaduan yang dilalui oleh rakyat Kuwait.

Salah satu adegan dalam filem itu memaparkan seorang tentera Iraq yang diarah oleh ketuanya untuk membunuh seorang penduduk Kuwait namun dia enggan kerana mengingati pesanan bapanya tentang hubungan antara rakyat Kuwait dan Iraq. - AFP

habis.