Kristen Stewart

Menurut laporan portal UPI, filem yang menampilkan aktres berusia 26 tahun itu sebagai seorang pembantu dan perantara alam ghaib, disambut dengan ejekan tersebut ketika tayangan perdana yang turut dihadiri media, petang kelmarin.

Malah, dalam sidang akhbar keesokan harinya, Stewart dan pengarah filem berkenaan, Oli­vier Assayas, terus ‘digasak’ dengan pelbagai pendapat dan kritikan berhubung filem yang dilihat mempunyai jalan cerita agak kabur.

Wartawan juga memberikan reaksi negatif khususnya pada bahagian penyudah filem itu.

Namun, Assayas memberitahu, perkara tersebut berlaku setiap kali orang ramai tidak dapat memahami penyudah sesebuah filem.

“Bagi saya penyudah filem itu sangat jelas,” tegasnya.

Personal Shopper menampilkan Stewart yang memegang watak Maureen, seorang pembantu kepada seorang model terkenal yang bersedih dengan kematian kembarnya.

Bintang filem Twilight itu mengaku gembira kerana dapat memainkan peranan tersebut.

“Saya seronok dapat membawakan watak ini,” jelasnya.