Jemputan itu disampaikan oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino melalui surat kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Jeneral Somyot Poonpanmoung, semalam. Salinan surat itu disiarkan dalam Facebook FAT.

"Kami berharap, mereka dapat disatukan semula dengan keluarga masing-masing tidak lama lagi dan tahap kesihatan mereka mengizinkan untuk melakukan perjalanan.

“FIFA gembira untuk menjemput mereka sebagai tetamu kami untuk menyaksikan final Piala Dunia 2018 di Moscow,” demikian menurut Infantino dalam surat tersebut.

Beliau berharap pemain berusia antara 11 dan 16 tahun dan jurulatih berusia 25 tahun daripada Akademi Bola Sepak Wild Boar atau Mu Pa dapat menyertai FIFA di perlawanan akhir yang ‘pastinya menjadi detik persahabatan dan sambutan yang indah’. - BERNAMA