Kereta yang digunakan juara dunia sebanyak tujuh kali itu dari model F2001 menyaksikan pro­ses bidaan hangat apabila melepasi jangkaan pusat lelongan Sotheby’s pada anggaran AS$4 juta (RM16.6 juta) hingga AS$5 juta (RM20.8 juta).

Menurut Sotheby’s, ini adalah pertama kali sebuah kereta unik dimasukkan dalam lelongan kesenian pusat itu dan keputusannya menjadi popular.

Kereta lumba itu mungkin bukan hasil seni namun menurut Naib Presiden Sotheby’s, Gregoire Billault, jentera terbabit merupakan kereta lumba terbaik pernah dijual dalam satu-satu lelongan.

Legenda kelahiran Jerman itu masih tidak kelihatan di khalayak ramai selepas terlibat dalam kemalangan semasa bermain ski pada tahun 2013.

Rekod kejuaraan dunia tujuh kali yang dicapainya dengan 91 kemenangan juga masih belum dicabar mana-mana pemandu F1.

Selain lelongan kereta lumba itu, turut mendapat tarikan adalah jualan gabungan tiga gambar kekasih kepada pelukis, Francis Bacon yang terjual pada harga AS$38.6 juta (RM161 juta).

Turut mencuri tum­puan adalah potret ikonik Andy Warhol pada 1972 memaparkan pengasas Parti Komunis China, Mao Zedong yang terjual pada harga AS$32.4 juta (RM135 juta). – AFP