Ratusan lagi penumpang feri MV Nyerere dipercayai masih hilang selepas kapal itu dipercayai membawa penumpang secara berlebihan.

Gabenor Mwanza, John Mongella­ berkata, jumlah mang­sa yang ditemukan masih hidup kekal 37 orang dengan tia­da lagi mangsa dijumpai sejak operasi menyelamat disambung semula, pagi ini.

“Buat masa ini, angka kematian meningkat kepada 136 orang,” katanya.

Kapal MV Nyerere dipercayai membawa kira-kira 300 orang penumpang dua kali ganda daripada kapasiti feri itu semasa karam berhampiran Pulau Ukara, semalam.

Agensi Perkhidmatan, Mekanikal dan Elektrikal Tanzania dalam satu kenyataan berkata, jumlah sebenar penumpang feri MV Nyerere masih tidak diketahui.

Feri berusia itu turut membawa muatan kargo termasuk jagung dan simen ketika terbalik berhampiran dok Pulau Ukara.

Punca kejadian tersebut masih tidak diketahui, tetapi muatan berlebihan sering menjadi faktor berlakunya insiden seperti itu. – AFP