Daily Mirror melaporkan, kejadian luar biasa itu sempat dirakam seorang pelajar berusia 14 tahun, João Pedro Martinelli Fonseca.

Ketika kejadian, Fonseca dalam perjalanan ke ladang datuknya sebelum melihat ratusan titik-titik hitam di langit dan seekor daripada labah-labah ber­kenaan terjatuh ke dalam kereta yang dinaiki remaja itu.

Video itu menunjukkan ratusan labah-labah seolah-olah jatuh dari langit, namun hakikatnya haiwan berkenaan tergantung pada sebuah sarang besar bagi memerangkap mang­sanya.

Fenomena luar biasa itu menyebabkan video yang dirakam remaja itu tular dalam media sosial dan pelbagai andaian diberikan oleh netizen di seluruh dunia.

Menurut seorang pakar, fenomena itu merupakan satu kejadian biasa yang diakibatkan oleh cuaca kering dan lembap.

Seorang ahli biologi menjelaskan, fenomena itu adalah taktik labah-labah untuk meme­rangkap mangsa terutamanya serangga dan benang labah-labah bertindak sebagai ‘payung terjun’.

Sementara itu, nenek Fonseca, Jercina berkata, dia pernah melihat fenomena berkenaan sebelum ini dan biasanya berlaku pada waktu senja dan hari yang panas. –AGENSI