Laman sosial gergasi itu menerusi perkongsian dalam laman beritanya berjanji akan melindungi proses (pilihan raya) Thailand menerusi sekatan sementara terhadap kemasukan iklan berunsur pilihan raya kendalian entiti asing.

Peraturan tersebut yang turut dilaksanakan terhadap kandungan berbayar akan berkuatkuasa bermula pertengahan bulan depan.

Pilihan Raya Thailand pada 24 Mac depan adalah yang pertama sejak 2014.-AFP