Menurut Facebook, tindakan itu dilakukan selepas pihaknya menyemak semula kandungan akaun pihak terbabit.

``Secara khususnya, kami menyekat 20 individu dan pertubuhan Myanmar daripada Facebook temrasuk Ketua Komander Tentera, Jeneral Kanan, Ming Aung Hlaing dan rangkaian televisyen milik tentera, Myawady,’’ lapornya.

Laporan yang disiarkan melalui sebuah blog itu menyebut, sebanyak 18 akaun Facebook telah disekat, satu akaun di Instagram dan 52 halaman Facebook yang diikuti hampir 12 juta orang. - Reuters