Lapor portal Al-Jazeera, Facebook telah beberapa kali memberi amaran kepada kumpulan itu bahawa mereka telah melanggar syarat dan garis panduan piawaian berhubung ucapan kebencian di laman terbabit.

“Kami tidak melakukan perkara ini dengan sewenang-wenangnya.

“Bagaimanapun, Britain First berulang kali memuat naik kenya­taan yang menghasut permusuhan dan kebencian terhadap masyarakat minoriti,” menurut kenyataan dikeluarkan oleh Facebook.

Keputusan itu diambil selepas ketua dan naib ketua kumpulan berkenaan iaitu Paul Golding serta Jayda Fransen dikenakan hukuman penjara.

Kedua-duanya didapati bersalah oleh mahkamah pada awal bulan ini kerana memuat naik kenyataan berbaur keagamaan yang serius.

“Orang ramai masuk ke laman Facebok untuk meluahkan apa yang mereka rasa dengan bebas. Kita dapat menyatakan pendapat yang teguh dan kontroversi tanpa perlu memburuk-burukkan orang lain,” tambah kenyataan itu.

Twitter sebelum ini turut mengharamkan Britain First daripada laman berkenaan.

November lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dikritik hebat selepas beliau memuat naik tiga kenyataan anti-Islam oleh Fransen di Twitter.