Straits Times memetik laporan AFP sebagai berkata, pendaki berusia 50 tahun itu dipercayai maut ketika berada di Balcony iaitu sebuah platform kecil setinggi 8,000 meter dari aras laut yang dikenali sebagai ‘zon maut’.

“Kami sedang cuba mendapatkan maklumat lanjut mengenai mangsa,” kata Murari Krishna Sharma, wakil daripada sebuah syarikat mendaki peribadi, Everest Parivar Expedition.

Dalam perkembangan berasingan, seorang pendaki India pula dipercayai hilang ketika menuruni zon tersebut hari ini.

Ravi Kumar, 26, gagal dihubungi selepas dikatakan terpisah daripada pemandu arahnya.

Difahamkan, sekurang-kurangnya tiga Sherpa telah dikerah untuk membantu misi mencari dan menyelamat pendaki terbabit. - AGENSI/AFP/REUTERS