Mail Online melaporkan, amalan pelik etnik dari Kampung Wogi di bandar Wamena itu didedahkan menerusi gambar-gambar yang kini viral di laman media sosial.

Menerusi gambar itu, ketua etnik Dani, Eli Mabel dirakam memegang satu daripada mumia moyang mereka bernama Agat Mamete Mabel.

Bagaimanapun, amalan me­ng­awet dengan asap itu kini sudah tidak lagi diamalkan.

Etnik itu hanya menyimpan beberapa mumia berkenaan sebagai simbol penghormatan ter­tinggi kepada moyang mereka.

Sejak beberapa tahun ini, etnik Dani berjaya menarik pelancong dari seluruh dunia dengan menun­jukkan adat masing-ma­sing.

Pada setiap Ogos, etnik Dani mengadakan perang olok-olok dengan etnik jiran iaitu Lani dan Yali bagi meraikan kemakmuran serta ke­suburan wilayah Papua.

Etnik Dani, Lani dan Yali ditemukan oleh ahli zoologi Amerika Syarikat (AS), Richard Archbold yang mengadakan ekspedisi penyelidikan di Papua pada 1938.