Golongan petani di kawasan tersebut juga memberi amaran bahawa hasil tanaman kian merosot dan kualiti rumput hijau menurun akibat cuaca panas, sekali gus menjejaskan penghasilan susu lembu berkauliti.

Suhu terpanas dicatatkan di Sweden dan menyaksikan golongan petani mula menyembelih haiwan-haiwan ternakan mereka berikutan tiada bekalan rumput untuk dijadikan bahan makanan.

Sehubungan itu, Poland menggesa Kesatuan Eropah (EU) untuk bantuan kewangan selepas lebih 91,000 petani terjejas dengan keadaan cuaca melampau tersebut.

Selain itu, Latvia mengisytiharkan darurat dalam sektor pertaniannya pada Jun lalu dan turut meminta pembayaran subsidi agrikultur awal dari Brussels.

Dalam pada itu, kebakaran hutan turut memaksa penduduk di sebuah perkampungan di barat Latvia berpindah pada awal ming­gu ini dan pasukan bomba masih bertungkus-lumus memadamkan kebakaran.

Cuaca melampau itu juga menyebabkan berlaku banjir kilat di kawasan gunung Tatra yang terletak di sempadan Poland dan Slovakia.

Keadaan itu menyaksikan kira-kira 300 orang dipindahkan dari sebuah kampung di bahagian Slovakia pada Khamis lalu.

Sementara itu, Jerman dan Britain turut berdepan dengan masalah kebakaran hutan susulan kemarau yang melampau. – AFP