Erdogan berkata, Turki telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengukuhkan ekonominya ekoran kejatuhan mata wang lira yang diburukkan lagi oleh perselisihan dengan Washington.

“Penting untuk mengekalkan pendirian politik yang kukuh. Beralih kepada mata wang asing bermakna memberi kepada musuh,” katanya.-REUTERS