BBC melaporkan, Menteri Pendidikannya, Nick Gibb berkata demikian sebagai mengulas mengenai panduan baharu yang akan dikeluarkan kerajaan bagi menangani isu keselamatan Internet, media sosial dan permainan video dalam talian.

Dalam panduan itu, pelajar dijangka diajar untuk menghadkan jumlah masa melayari Internet selain sekolah juga mempunyai kuasa untuk mengharamkan telefon bimbit dibawa ke dalam premis.

Bagaimanapun, pengetua mempunyai bertanggungjawab untuk menentukan sama ada larangan tersebut sesuai dilaksanakan atau tidak.

Kesatuan sekerja yang mewakili semua pengetua sebelum ini melahirkan rasa skeptikal mereka berhubung pengharaman berkenaan.

“Sama ada perkara ini adalah bidang kuasa pengetua, saya berpendapat sekolah wajar mengharamkan murid mereka dari membawa masuk telefon pintar ke premis atau ke dalam kelas,” kata wakil kesatuan. -AGENSI