Memetik laporan Reuters, kejadian malang itu disahkan syarikat pengendali operasi kereta api berkenaan, DSB.

Dalam pada itu, keadaan cuaca buruk telah menyulitkan operasi yang dilakukan pasukan kecemasan.

Kereta api penumpang yang dalam perjalanan ke pusat bandar Copenhagen itu dilaporkan berlanggar dengan sebuah objek yang datang daripada sebuah kereta api lain.

Dalam pada itu, pihak polis mengesahkan laluan jambatan tersebut ketika ini ditutup buat sementara waktu.