Ketua Polis Quetta, Abdur Razzaq Cheema berkata, empat daripada mangsa merupakan anggota polis pelatih manakala dua lagi orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian.

“Setakat ini, kami tidak boleh mengesahkan sama ada letupan itu berpunca daripada perbuatan pengebom bunuh diri. Siasatan lanjut masih dijalankan ketika ini,” katanya. -REUTERS