Kejadian berlaku di sepanjang sempadan yang memisahkan wilayah Punjab, Pakistan dan wilayah Jammu, Kashmir, India dengan kebanyakan mangsa merupakan warga Pakistan.

Tentera Pakistan memaklumkan, enam orang awam terbunuh dan 26 cedera dalam kejadian yang menyasarkan orang awam manakala pegawai polis India di Jammu memberitahu, tentera Pakistan mencabuli gencatan senjata dan mencederakan empat warga India. - Reuters