Jurucakap gabenor wilayah Helmand, Omar Zhwak berkata, suspek didakwa meletupakn diri dalam pejabat kempen Saleh Mohammad Asikzai yang turut cedera, beberapa hari menjelang pengundian Parlimen.

Tiada pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu namun wilayah Helmand adalah kubu kuat kumpulan Taliban.

Sebelum ini kumpulan militan itu berikrar akan mencetuskan kekacauan menjelang pengundian Parlimen.

Masih belum dapat dipastikan jumlah mangsa yang berada dalam pejabat ketika serangan tersebut berlaku.

Serangan dilancarkan sehari selepas kumpulan Taliban memberi amaran kepada calon agar menarik diri daripada pilihan raya `palsu’ yang dijadualkan pada 20 Oktober ini. - AFP