Seorang pegawai penyiasat yang enggan dikenali memberitahu, pihaknya telah mengenal pasti sami-sami yang mendalangi serangan tersebut ketika ini.

“Kami telah mengerahkan tiga pasukan untuk memberkas mereka,” kata pegawai berkenaan.

Dalam serangan Selasa lalu, sami-sami tersebut didakwa bertindak seperti ‘binatang’ apabila menyerbu kawasan penempatan Rohingya di pinggir Colombo dan mencederakan kumpulan pelarian terbabit termasuk kanak-kanak.

Susulan serangan tersebut, dua anggota polis turut dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan ketika cuba menghalang tindakan mereka. - AFP