Ketua Polis Wilayah Khost, Faizullah Khairat berkata, letupan itu berlaku kira-kira waktu tengah hari di sebuah pasar yang dijadikan orang ramai memuat turun muzik dan video ke telefon bimbit mereka.

Bagaimanapun masih tidak ada pihak tampil mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu di wilayah yang bersempadan dengan Pakistan. - AFP