Menurut mahkamah dalam resolusi sebanyak 14 muka surat berkata, kerajaan tidak mempunyai cukup bukti untuk mengisytiharkan wakil khas PBB mengenai hak orang pribumi, Victoria Tauli Corpuz; peguam hak asasi manusia, Jose Molintas; bekas Ahli Parlimen, Satur Ocampo dan pemimpin pemberontak, Rafael Baylosis.

Keempat-empat mereka memfailkan petisyen secara berasingan selepas diletakkan dalam senarai berkenaan.

Mac lalu, Jabatan Kehakiman mengarahkan mahkamah untuk mengisytiharkan 600 orang ahli komunis sebagai pengganas termasuk empat orang berkenaan, selepas proses perdamaian antara kerajaan dan Parti Komunis Filipina serta sayap bersenjatanya, Tentera Rakyat Baharu menemui jalan buntu. - REUTERS