Parti Palang Pracharat yang mirip nama dasar pembangunan sosial dan ekonomi kerajaan tentera itu akan diketuai oleh Menteri Industri, Uttama Savanayana yang berikrar untuk membantu mengatasi jurang politik di negara ini.

``Kita telah membazirkan masa dan peluang untuk membangunkan negara ini,’’ katanya yang merujuk kepada konflik politik bekas Perdana Menteri, Thaksin dan Yingluck Shinawatra.

Pengumuman itu dibuat beberapa hari selepas Prayuth memberitahu beliau `berminat dalam politik’.

Empat menteri terbabit adalah anggota kabinet Prayuth yang pertama membentuk parti politik berkemungkinan untuk menyokong beliau menjelang pilihan raya akan datang.

Seperti Prayuth, keempat-empat menteri itu memaklumkan mereka tidak akan melepaskan jawatan yang disandang sekarang. - Reuters