Insiden itu merupakan kemalangan maut terbaharu di wilayah pelancongan yang terkenal di negara itu.

Polis di selatan wilayah Valais berkata, pesawat berkenaan dilaporkan terhempas kira 3,300 meter dari paras laut pada jam 4.45 petang waktu tempatan di kawasan yang dikenali sebagai Dunand Pass.

Pihak berkuasa mengenalpasti pesawat empat tempat duduk buatan firma Robin dari Perancis itu berlepas dari lapangan terbang Sion bagi tujuan penerbangan santai.

Selepas menerima isyarat kecemasan, pihak berkuasa mengarahkan pasukan menyelamat ke puncak pergunungan sebelum menemui juruterbang dan tiga penumpang yang maut di lokasi kejadian.

“Punca kemalangan belum dapat dipastikan dan mangsa belum dikenal pasti secara rasmi,” kata pihak polis. - AFP