Bantahan terbaharu itu tercetus kelmarin melibatkan penunjuk perasaan anti-kerajaan dan pro-kerajaan di wilayah Masaya, selatan negara ini.

Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk meleraikan penunjuk perasaan.

Sementara itu, Pusat Hak Asasi Manusia Nicaragua (CENIDH) mengesahkan empat orang tercedera setakat ini, tetapi masih lagi meneliti laporan lain. - AFP