Tiada angka korban dilaporkan tetapi lebih daripada 50,000 orang kehilangan tempat tinggal dan berlindung di kem sementara.

Wartawan AFP memaklumkan melihat konvoi trak tentera membawa bot ke tempat kejadian.

“Kita perlu bekerjasama. Limpahan itu tidak boleh dikawal dan air tidak berhenti mengalir,” kata ketua tentera, Min Aung Hlaing. - AFP