EMMA WATSON

Menurut laporan media, gambar-gambar menunjukkan Watson mencuba pa­kaian seorang pereka terkenal dimuat naik dalam laman web ber­kenaan yang hanya boleh diakses oleh golongan ter­tentu.

“Gambar Watson sedang mencuba beberapa pasang pakaian seorang pereka terke­nal beberapa tahun lalu yang di­simpan sebagai koleksi peri­badinya telah dicuri pihak tidak bertanggungjawab.

“Namun koleksi itu bukan gambar bogel. Peguam telah diarahkan untuk me­ngendalikan kes tersebut dan kami tidak dapat mengulas lanjut,” kata jurucakap pelakon Bri­tain berusia 26 tahun itu kepada agensi berita AFP.

Awal bulan ini Watson dipalit kontroversi apabila aksi berani­nya mendedahkan bahagian payu dara di hadapan kamera untuk majalah Vanity Fair edisi Mac dikritik hebat pengguna media sosial dan para wartawan.

Ramai menyifatkan tin­dakan itu tidak bertepatan dengan imej feminisme yang dibawa­nya sebagai Duta Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Watson memegang watak utama sebagai Belle dalam filem terbaharu Walt Disney, Beauty and the Beast yang mula dita­yangkan Jumaat lalu yang telah berjaya meme­cahkan rekod filem Fin­ding Dory sebagai filem keluarga terlaris dalam sejarah. – AFP